❤❤ROMANTIS❤❤

mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui  insan yang betul,kita akan tahu bagaimana
untuk bersyukur dengan pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut

Apabila salah satu pintu kebahagian tertutup,yang lain akan
terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yang telah
pun terbuka untuk kita



Teman yang paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk
bersama di dalam buaian bersama tanpa berkata
apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah kita rasai

memang benar yang kita tidak tahu apa yang kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar
bahawa kita tidak akan tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ianya"hadir.

ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang
satu jam untuk menyukai seseorang,satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
yang sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.



Janganlah pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia,
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa,
apa yang kekal hanyalah kecantikan hati seseorang.....

Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan
sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.akan tiba satu ketika didalam sehingga
kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin
menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenarnya.

mimpilah apa yang kamu inginkan,pergilah ke mana-mana
yang kamu ingin tujui dan jadilah apa yang kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu
kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.



semoga kamu miliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kamu menarik,percubaan yang
cukup untuk membuat kamu kuat,kesedihan yang cukup untuk memastikan kamu adalah
seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuat kamu bahagia...

Kebahagian seseorang menusia tidak semesti dalam memiliki segala yang terbaik
mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang didalam hidup mereka.
kebahagiaan  terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka,mereka
yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan
menusia yang telah menyentuh hidup mereka.

CINTA BERMULA DENGAN SENYUMAN,MEKAR DENGAN CIUMAN BERAKHIR
DENGAN TENGISAN...





MASA DEPAN YANG CERAH SENTIASA BERTERASKAN KEHIDUPAN YANG LALU YANG TELAH DILUPAKAN,KAMU TIDAK BOLEH MENERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN SEMPURNA SEHINGGA KAMU MELUPAKAN KEGAGALAN DAN KEKECEWAAN MASA SILAM.

"CINTA TAKKAN DATANG KALAU TIDAK DICARI"

janganlah simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpakse catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.sebaliknya ucapakan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

perkara yang peling kejam dalam hidup adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci,sedangkan kamu hanya sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja...meskipun lidahnya melontarkan kata-kata kemaafan,namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai bila-bila lantaran hatinya penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...

cintalah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar-benar mencintai setulus hati...





kadangkalanya kamu tidak menghargai orang mencintai kamu sempenuh hati sehingga kamu kehilangannya.pada saat itu ,tiada guna penyesalan kerena perginya tanpa berkata lagi.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu,
hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Hawa diciptakan dari rusuk adam,buka dari kepala untuk dijunjung,bukan dari kaki untuk menjadikan alas,melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup,dekat dihati untuk dicintai...



kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat.puas kita mencari di mana matahari,Rupa-Rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah.

Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah Tuhan..
usah mendambakan teman secantik balqis,andai dirimu tidak seindah sulaiman.
mengapa diharapkan teman setanpan yusof andai dirimu tidak setulus zulaikha..tidak perlu mencari
seistimewa khadijah,andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah saw..

Jika kamu memancing ikan,setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu,jangan sesekali kamu lepaskan ia semua kedalam air begitu saja....kerana ia akan sakit oleh karena ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup..begitulah juga setelah kamu memberi banyak harapan kepada seseorang,setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya,janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.....kerana ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.






Janganlah kamu menggangu hidup seseorang dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya....kelak kamu akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan hidupnya menderita.

cinta akan menyakitkan kamu berpisah dengan seseorang,lebih menyakitkan apabila dilupakan oleh kekasihmu,tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi tidak tahu apa  yang sesungguhnya kamu rasakan.



WAHAI SEHABAT YANG MENDERITA KERANA CINTA,USAHLAH DITANGISI KEKASIHMU YANG TELAH PERGI,HAYUNLAH LANGKAHMU KEMANA SAHAJA YANG KAMU INGINI DEMI MENGUBATI HATIMU YANG LUKA,MOGA-MOGA KAMU AKAN BERTEMU SESEORANG YANG DAPAT MENGISI HATIMU,KELAK PASTI TERUBAT JUA DAN HIDUPMU KEMBALI CERIA


❤❤SWEET SEPTEMBER❤❤

No comments: