diam-diam

diam-diam
ku kumpul semua kerinduanku
agar menjadi lahar cintaku padamu
ku kumpul, ku belai ku jaga
agar ianya sentiasa mekar umpama mawar berkembang
diam-diam
ku semaikan rindu padamu
ku gubahnya menjadi hiasan terindah dihatimu
namun ku malu dalam diam-diam itu
kerana ku tahu rinduku terlalu memuncak
diam-diam
dirimu menggoda hatiku
menggoda diriku
untuk terus membelai rindu bersamamu
sungguh aku terpesona dengan keindahan kasih sayangmu
sehingga ku tak mahu melepaskan selamanya
diam-diam
ku menggubah rinduku
agar ianya sentiasa cantik dihalaman hati cintaku
ku merayu padamu ARJUNA HATI
"stay here" bersama ku
kerana hatiku milikmu
CINTAKU MILIKMU
diam-diam
ku menanti ucapan cinta darimu
ucapan yang selalu ingin ku dengari darimu
ungkapan rindu yang sentiasa bersemi dibibirmu
hari ini ku ingin mendengar TENTANG KITA
kerana ku rindu segalanya tentang cinta kita
kau dan aku

No comments: