SALAM JUMAAT




Ya ALLAH

ampunilah dosaku, kedua ibu bapaku, keluargaku, kekasihku, adik-adikku serts keseluruh umat Islam didunia ini..
Ya Allah Ya Tuhan kami, pohonkan apa yang telah dipohonkan oleh Rasulullah s.a.wdan kami meminta perlindungan dari apa yang pernah diminta perlindungan oleh Rasulullah. S.a.w.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Kami pohonkanlah Syurga tanpa Hisab dan berikanlah kekuatan,Taufik dan Hidayah kepada kami kearahnya,selamatkan kami Ya Allah dari sebab-sebab yang membawa kami kearah Neraka
Ya Allah,Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui kelemahan diri kami zahir dan batin,Berikanlah kekuatan Taufik dan Hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami,tambahkanlah Ya Allah kepada kami Ilmu, Iman dan Amal-amal kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Islam
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, kami pohonkan kepada Engkau Iman yang sempurna, Ilmu yang memberi menafaat,Rezeki yang Halal, Anak yang Soleh, Rumahtangga yang Bahagia, Usia yang Berkat, Doa yang mustajab, Hajat yang tertunai,
Kesihatan yang berterusan, Hutang yang terbayar keselamatan didunia dan di Akhirat nanti.
Ya allah Ya Tuhan kami, Engkau sahajalah yang mengetahui segala yang berlaku dihati kami,hidupkan hati ini , sampaikanlah hati ini kepada Engkau, Sembuhkanlah segala penyakit yang berada di hati kami,selamatkanlah hati kami dari sifat-sifat yang keji dan jauhilah kami perkara-perkara yang mematikan hati kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami hati yang sentiasa menyedariakan hakikat Ketuhanan dan Kerajaan Engkau dan masa depan kami di Akhirat nanti.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, jadikanlah hati kami ini, hati yang sentiasa menyedari masa depan kami di akhirat nanti,dan jadikanlah kami hambamu yang sentiasa bersedia untuk menghadapi masa depan kami selepas mati.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Hidupkanlah kami dalam iman , dan matikanlah kami dalam Iman,selamatkanlah Iman kami dari segala gangguan Syaitan semasa kami menghembus nafas yang terakhir. 
Ya Allah, Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa berada didalam kubur,jadikanlah kami salah satu taman dari Syurga, selamatkanlah kami dari segala azab kubur, dan janganlah engkau jadikan kubur kami itu salah satu lubang lubang Neraka.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, selamatkanlah kami semasa dalam perjalanan menuju Mahsyar ,selamatkan kami Ya Allah semasa di Padang Mahsyar,dan masukkanlah kami kedalam Tujuh Golongan orang yang mendapat bayangan naungan Arshy Engkau.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Ampunkanlah dosa kami ,dan maafkanlah kesilapan kami Zahir dan Batin semasa kami dijalankan Hisab,Hisabkanlah kami Ya Allah dengan Hisab yang sedikit,berikanlah peluang kepada kami untuk mendapat Syafaat Nabi kami, Nabi Muhammad s.a.w.
Ya Allah, Ya Tuhan kami,jadikanlah hambamu ini hamba yang berjaya dalam hidup ini dan berjaya menerima suratan Amal dengan tangan kanan.
Ya Alah, Ya Tuhan kami, berikanlah kesempatan kepada kami meminum air kolam Nabi kami Al-Khauthar ,selamatkanlah kami semasa menyeberangi Titian Siratulmustaqim.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
masukkanlah kami ke dalam Syurga Engkau bersama-sama dengan orang yang memasuki kedalamnya.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Perkenanlah permohonan kami ini,Mustajabkanlah doa kami ini dengan berkat Nabi kami Nabi Muhammad s.a.w.dengan berkatnya amalan kami yang paling Ikhlas.



 رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً

وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

No comments: